bb

Friday, April 18, 2014

Tips Mudah Pakai Tudung Bawal - bawal yunabella

as salam
dear diary,

kalau perasan dalam satu tutorial sebelum ni aku ada mention cara untuk bentukkan tudung bawal , ye lah aku sangat-sangat paham masalah tudung bawal ni ialah senang terkelepek , jalan-jalan tetiba angin kuat , dah terkelepek , pegi kedai makan sekali kipas dia yang sebesar alam tu pusing kat kita , bukan takat tudung habis pinggan gelas kita bergerak sekali , tak kira kalau hujan lagi , bagi 3 4 titis hujan kena kat tudung , dah berlekuk-lekuk tudung , yang naik motor pulak jenuh cover tudung xnak bagi terkelepek , beheeeee . . dramatik sangat ye dak ? 

sebab aku pun guna cara ni so aku share lagi sekali tips dia ,



perkenalkan kiwi kleen fabric starch !

aku dah pernah cuba dua-dua , sama ja . . cuma yang kuning lagi wangi .

bagi yang youtube kena block meh aku buktikan bakat melukis aku . hehehehe .


ini rupa tudung bawal kan , iron macam biasa


selesai iron , lipat bagi jadi 3 segi macam nak pakai tudung tu .


gunakan perencah rahsia kita , spray pada bahagian yang kita nak bentukkan nanti , spray layang-layang je , jangan bersungguh-sungguh sampai menitis kat lantai . spray kat dua-dua belah , maksudnya dah selesai spray belah atas , pusingkan tudung , spray pulak belah bawah dia .

ini lah masanya , jangan risau memang ada bunyi tumis bawang , iron ja dekat bahagian yang kita spray tadi.

selesai iron , cuba pakai tudung macam biasa , memang dia keras sikit , pastu jadi bulat , pepandai lah adjuzt sebab dia dah mudah dibentuk . sekian sahaja dari hakak !


haruslah selfie di dalam toilet keranan pencahayaan yang baik seterusnya mengkaburkan dan menggebukan kulit muka . beheeeeeee .


satu lagi masalah bila dah letak starch ialah susah nak repair bentuk dia 

boleh refer entry ni cara untuk iron tudung di tempat kerja 


selamat mencuba !




manis macam gegula sangat =') #yunabella 

thanks for support ! love u side by side ! beheeeeee !










kalau penat nak komen , boleh cubit like :

Monday, April 14, 2014

Blog review by BeautifulNara - Tutorial tudung bawal =)

As salam
Dear diary,

To be honest , siapa kat sini baca blog beautifulnara ? Ok , tak nak ngaku yerr , cer buka new tabs then taip huruf "B" , jangan nak menafikan kalau link beautifulnara.com yang keluar dulu . Aku pun selalu baca ,  mokcik-mokcik sangat perangai , sibuk nak tahu hal retis . Beheeeee . Aku pernah tweet kat twitter abang nara :



Siapa yang baca mesti tahu hazab gila lah komen-komen dari orang kita ni , tapi aku memang terhibur dengan komen-komen tu . Tak sangka pulak bila satu hari aku diberi peluang untuk di hakimi oleh ramai . Istighfar bebanyak , Hihihi .

Mungkin ramai dah tahu pasal review tudung bawal dari blog abang nara . Aku sendiri tak berkesempatan nak tengok dan baca dengan lebih lanjut masa awal-awal entry di share dekat FB . Tetiba ramai yang tag , whatsapps yang aku dah femes . Bhehehehe . Internet slow dekat rumah , dah sampai ofis setle kerja baru berkesempatan nak tengok satu-satu .




Terima kasih abg Nara

Lets me make it clear and crystal , seperti yang sedia maklum , blog ni sekadar blog picisan , bukan lah blog yang traffic gegiler macam abang nara , gaya tudung tu pulak hasil cetusan adik aku , sekadar berfesyen ikut kemampuan diri sendiri . Cuma kesilapan aku , aku gatal jari pegi letak nama dan tajuk tudung sebagai "Tudung Bawal acah-acah Mawar Fizo Omar" .

Ada yang marah , siap cakap bakal kena saman bagai , padahal tak pernah jejak butik Fareeda , pernah lalu jer :'( untuk kakak Mawar yang cantik , saya adore sangat-sangat , saya minta maaf sebab gunakan nama kakak dan abang Fizo Omar untuk gaya tudung ni . Saya ingat tak menjadi masalah , kalau google dekat youtube , ramai  yang letak caption tutorial guna nama artis , contohnya gaya tudung Heliza Helmi , Diana Amir, ada jugak yang bila make up dia punya caption Eyes make up Taylor Swift , Kim Kardiashan .  Ok saya pun tak tau nak bagi nama apa , sebab memang tak ada nama , dengan ini saya officially tukar nama tudung kepada Tudung bawal Brooch Otromen / Tudung bawal YunaBella . Ihik . Ok dop ?

Berbalik kepada niat dan tujuan tutorial dibuat , ia adalah atas permintaan kawan-kawan , tak ada niat nak menjatuhkan atau mengeruhkan keadaan . Saya sebelum ni pakai tudung yang menampakkan dada , jadi ini saya anggap langkah pertama untuk saya labuhkan tudung bahagian dada , sekarang letak kerongsang otromen , doa-doakan lah esok lusa saya terus labuhkan tudung pulak . Bukan sahaja diri sendiri malah orang yang mungkin ada niat yang sama ;) Insyaallah .


Kepada yang memuji terima kasih , terharu sangat *lap ayaq mata . Cuba lah , tak de halangan pun , kalau tak jadi boleh mesej dekat FB / IG . Untuk kakak-kakak dan adik-adik , kawan-kawan , maaflah terkena tempias ni , lepas ni ela hati-hati update blog yehh .  Untuk yang menegur , terima kasih atas teguran . Ihik . Maaflah kalau entry sebelum ni atau entry hari ni ada yang terkasar tersakit hati .  Last sekali untuk abang Nara , haish . Susah hati tau tak bila orang bagitau blog ni masuk AmazingNara , apa pun terima kasih atas review ni . Manis sangat . 

Berikut entry tutorial tudung bawal yunabella . Ihik =')







kalau penat nak komen , boleh cubit like :

i'm nuffnanger