bb

Monday, September 08, 2014

Lunch bersama amoy-amoy cantik

as salam
dear diary,

Hai Isnin a.k.a Senayan . Maaflah aku pun tatau nak update apa lagi dah . Selalunya aku akan update bila ada gambar . Check balik phone semua gambar aku jep , dah kurang dah gambar depan cermin , sebab aku paksa adik & kak aku tolong tangkap gambar full , posing depan laman rumah . Bhahahaha  . Dah follow IG akak ? meh-meh sini : http://instagram.com/nurulnabila_my  . 

Dua minggu yang lepas , hari jumaat . Aku secara kebetulannya plan dengan si aisyikin , nak lunch sesama . Yelah , nak celebrate sebab dia ada 'orang baru' . Dah plan nak makan dekat Oldtown White Coffee sebelah Giant , ajak lah our lalalopa sekali . Then Shafika tanya aku lunch mana , kami invite sekali . Makanlah kami ber 4 .

Aisyikin semua hampa kenai kan my BFF . Fara ex-housemate rumah sewa aku & kin , Shafika pulak member aku & kin dari tadika . Kadang aku lunch ngan kin , kadang fara join , kadang Shafika join , cuma hari tu kami join 4 orang sekali .

Bukti , boleh refer gambar kat bawah :


aku - kin


aku - kin - lalalopa
kin-aku-shafika 


kesimpulan dari gambar kat atas , tiap kali lunch kami wefie tanpa rasa bersalah . hikhik .


so lunch baru ni pun kami bergambar jugak , habis kembang mee kari , cair ais ketul punya duk bergambar .


rezeki hari jumaat


us :


4 of us


gewdix :p



kesayangan

Aku pun tak tau suratan atau kebetulan , depa 3 orang ni memang muka amoy . Fara dah memang originally mix blood chinese . Aisyikin memang dari dulu orang ingat anak orang cina , siap cakap cina dengan dia . Shafika pulak , dari sekolah lagi kami panggil dia Nyonya . Sekali berjumpa berempat macam ni , terasa hati akak yg muka melayu pure ni . *sorok tangan sebab muka ja putih* hiksss . Untuk tak menimbul kekeliruan , depa 3 orang semua dah berpunya . For my amoys ! Nanti plan makan-makan lagi eh , saia sayang awa suma . hiks . you're my downfall you're my muse my worst distraction my rhythm & blues . Ok tipu , tu lirik lagu All Of Me . Hehehehe . Love ya !







kalau penat nak komen , boleh cubit like :

Wednesday, August 27, 2014

Kelas Mengaji Al-Baghdadi & Kelas Bimbingan Saudara Baru (Mualaf)

As salam
Dear diary,

Salam 1 Zulkaedah , tajuk kali ni macam berat je , tapi aku gubah untuk bacaan yang lebih santai . *cheshh ayat* seperti yang kalian mungkin pernah terbaca perkongsian kelas mengaji al-quran yang aku pernah post sebelum ni , boleh refer balik link


Kalau dekat IG aku selalu upload gambar koleksi baju kurung kan . 

Kelas Mengaji Al-Baghdadi

FYI kelas aku dah pun masuk ke fasa pembelajaran Al-Quran . Alhamdulillah . Bermula 1 Ramadhan , kami dah start dengan surah Al-Fatihah & surah Al-Baqarah . Sebenarnya , kelas mengaji ni masih dalam rombakkan , masih menerima pelajar baru . Untuk yang nak bermula dengan asas , kelas ketuk-ketuk , slot dia ada pada hari isnin (malam) dan hari rabu (malam) , untuk sesiapa yang dah boleh membaca , tapi tak lancar ke , tak tahu hukum ke , nak asah skill ke , boleh je join kelas pagi ahad sekali ngan aku . Bukan selalu dapat peluang tengok aku kena marah ngan ustaz . Hehehe . Jom lah join sekali , aku baru nak masuk muka surat 9 . Kalau attend kelas siang malam boleh cepat sikit habis .


Ustaz Nan , sangat friendly , selagi x boleh selagi tu ustaz ajar .


nota hukum tajwid


sehari satu muka surat , kalau salah ustaz akan tegur , so macam sekarang memang kena belajar bab hukum tajwid . 

 Kalau berminat boleh daftar dekat kaunter Ayamas dengan Ustaz Nan 017-4790638 .

Kelas Bimbingan Suadara Baru (mualaf)

Ustaz Nan (owner ayamas kulim) sebelum puasa baru ni , ustaz terima saudara baru , 2 orang . Mula-mula tu depa datang untuk belajar mengaji , lepas tu depa decide untuk peluk Islam . Alhamdulillah . Namun tak semudah yang di sangka , bila dah selesai bab pengislaman , bab sijil dah daftar semua , baru ustaz perasan , untuk kat Kedah , Kulim terutamanya , tak ada satu pun kelas bimbingan untuk saudara baru kita . 

Orang cakap bila kita nak buat benda baik , InsyaAllah , Allah akan permudahkan . Ada beberapa hamba Allah dan sebuah kedai makan kat kulim ni sudi beri dana untuk kelas bimbingan tersebut . Dana tu tak semestinya wang ringgit , nak sedekah Al-Quran ke , buku pasal Akidah ke , kalau ada ilmu , kalau boleh nak volunteer mengajar & beri bimbingan utk depa pun boleh sebab most of them prefer untuk guna english . Mana tahu ada guru , pensyarah , nak buat bekalan lebih , boleh refer ngan ustaz Nan .  Aku sendiri pun tak ada apa nak sumbangkan , cuma sekadar pengkonsian berbentuk penulisan ni je mampu . Ustaz pesan untuk war-war kan , kalau sesiapa ada sahabat , kawan , sedara baru (mualaf) yang berminat nak join kelas bimbingan atau perlukan kelas untuk mantapkan akidah , boleh daftar percuma dekat kaunter Ayamas Kulim . InsyaAllah semoga Allah permudahkannya . 

Takat tu je perkongsian untuk kali ni , kalau ada sebarang update mengenai kelas-kelas  nanti aku post lagi . Untuk maklumat lanjut , boleh direct FB AlBaghdadi Kulim Ustaz Nan 017-4790638 .




kalau penat nak komen , boleh cubit like :

Monday, August 18, 2014

Beautiful Story - Bercinta Selepas Nikah

As salam
Dear diary,

Siapa like page Bercinta Sebelum Nikah dekat facebook , hikhikhik . Aku salah sorang lah , maklumlah bila umur cecah 20-an ni aku perlu menambah ilmu pasal alam perkahwinan nih . aiceh . Kalau tanya aku bila nak kahwin , dari segi persediaan  tu  calon , kewangan , ilmu , serba serbi lah kekurangan . Dah-dah , aku rasa dah 80 alasan aku bagi untuk soal kawen nih .

Aku nak kongsi kisah kakak kepada sahabat aku , tulisan sepenuhnya dari si suami :

Alhamdulillah. Selesai akad nikah sebentar tadi bersama ukht Nurul Isdiyantie binti Ilias (Wardah Ad-Deen) di Masjid Al-Fateh, Serdang, Kedah. Benarlah, cinta selepas berkahwin sangat indah.

Secara ringkas, setelah bertunang sekitar September tahun lepas, kami bersepakat untuk tidak berbicara/berbual antara satu sama lain, sama ada melalui handphone atau secara berhadapan. Kami hanya berhubung melalui mesej, itupun jika ada urusan penting sahaja.

Ketika ana belajar di UK, jarak yang jauh membuatkan hubungan pertunangan lebih terjaga. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan sehingga kami bernikah sebentar tadi.

Rasa segan juga apabila pertama kali berbicara bersama orang yang dicintai. Setelah akad nikah di masjid, tidak bertegur sapa langsung. Masing-masing malu. Gambar di sebelah kiri itu ketika di luar masjid. Muka ana pun masih gugup.

Lama-kelamaan, apabila sampai di rumahnya, kami lebih mesra. Seolah-olah baru berkenalan. Boleh dilihat di gambar sebelah kanan. Ianya sangat indah kerana kini hubungan tersebut menjadi halal, sebagai suami isteri. 

Kepada sahabat-sahabat yang masih bujang, sebenarnya istilah 'bercinta selepas kahwin' sememangnya wujud. Tidak perlu berdating atau berhubungan terlalu kerap, jika ingin mengenali bakal pasangan. 

Letakkan kebergantungan yang tinggi kepada Allah. Banyakkan berdoa agar Allah sentiasa bersama-sama kita dalam membuat sesuatu keputusan. Jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan berikan yang terbaik buat kita.

Nikmat dunia yang diinginkan seorang lelaki, ialah isteri yang solehah. Menjadi penyejuk mata bagi dirinya. Susah dan senang sentiasa berada di sisi.

Jazakumullahu khairan katheera atas doa sahabat-sahabat sekalian. Semoga Allah juga permudahkan urusan kalian. Semoga perkahwinan kami berkekalan sehingga ke syurga.

Allahumma ameen.


bila baca kisah perkenalan mereka , compare dengan diri sendiri rasa jauh gila beza . betul lah kan , lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . ok dah boleh stop dating , mesej tak tentu hala , bergayut siang malam *bukan aku* hahahaha .

Jom aku lanjutkan penceritaan kisah kenduri mereka , sebabnyer , aku join rombongan waktu majlis perkahwinan pihak lelaki . Bheheeee .

siapa follow ig aku ? kat sini , aku ada update pasal nak pergi make up pengantin . fuh , terasa berbakat sangat bila orang minta make up kan , masa poli ada la mekap muka kak rose & ena , ini pengantin kot . pecah peluh . 

aku : along , ela bukan pandai make up sangat pun , biasa-biasa je .
along : takpa , along tak kisah , nak hat biasa-biasa ja .

hasilnya ! tadaaaa !


hehehehe , sebenarnyer pengantin berniqab , aku make up sikit jer , letak eye liner sikit bagi nampak sharp . itu pun takut-takut , sebab dia tak nak berhias lebih-lebih . sekali aku pun takut . huhhu . sambil mekap dan siapkan pengantin , along ada kongsi cerita pasal kisah depa , comel sangat pasangan ni . jauh dalam lubuk hati rasa cemburu sangat , selalu baca cerita bercinta sebelum nikah ni dalam blog , dekat fb , bila betul-betul depan mata rasa macam , hurmm , nak jugak .  ok tu jer , kita kongsi gambar eh ?


its me ! jubah sponsor by my adik


member aku si shafika ni , dia lah mesej ajak join rombongan sekali 


bak kata shafika , walaupun hura-hara , tapi berjaya bawakan si bride kepada groom .


meja makan yang cantik 
'awak , kenduri kita nanti xnak pelamin jugak. tapi nak pelamin vougy the vass & meletops ! gitu'
mihmihmih


satu lagi rombongan dari JDT 


lovely 


respect , sebelum ni aku bercita-cita jugak nak buat majlis grand-grand , tempah baju ala-ala retis , goodies yang melampau , ye lah aku terpengaruh dengan wedding blogger-blogger , namun bila aku attend kenduri ni , rasa macam sempurna ja majlis depa , orang pun respect jer , nak tangkap gambar pun rasa selamat , tak de lah yang datang nak menyendeng kat bride , aku perempuan tak pe lah sendeng macam gambar atas tu . hahahahaha . bak kata abang aku , cari keberkatan bukan kebanggaan . i wish a simple wedding . *tapi hantaran tetap xleh diskaun* hehehehe 


tahniah mak long ! 


tahniah pak long ! thanks Nya !

Ucapan utk pengantin :

Tahniah di atas pernikahan kalian , selamat membentuk keluarga yang sakinah , thanks for beautiful wedding , semoga bahagia di dunia & akhirat , semoga dikurniakan rezeki terus menerus & sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang .  Amin .





kalau penat nak komen , boleh cubit like :

i'm nuffnanger