Dear diary,
To be honest , siapa
kat sini baca blog beautifulnara ? Ok , tak nak ngaku yerr , cer buka new tabs
then taip huruf "B" , jangan nak menafikan kalau link
beautifulnara.com yang keluar dulu . Aku pun selalu baca , mokcik-mokcik sangat perangai , sibuk nak
tahu hal retis . Beheeeee . Aku pernah tweet kat twitter abang nara :
Siapa yang baca mesti tahu hazab gila lah
komen-komen dari orang kita ni , tapi aku memang terhibur dengan komen-komen tu . Tak sangka pulak bila
satu hari aku diberi peluang untuk di hakimi oleh ramai . Istighfar bebanyak ,
Hihihi .
Mungkin ramai dah
tahu pasal review tudung bawal dari blog abang nara . Aku sendiri tak
berkesempatan nak tengok dan baca dengan lebih lanjut masa awal-awal entry di
share dekat FB . Tetiba ramai yang tag , whatsapps yang aku dah femes . Bhehehehe . Internet slow dekat rumah , dah sampai ofis setle kerja baru berkesempatan nak tengok satu-satu .
Terima kasih abg Nara
Lets me make it
clear and crystal , seperti yang sedia maklum , blog ni sekadar blog picisan ,
bukan lah blog yang traffic gegiler macam abang nara , gaya tudung tu pulak hasil cetusan adik aku ,
sekadar berfesyen ikut kemampuan diri sendiri . Cuma kesilapan
aku , aku gatal jari pegi letak nama dan tajuk tudung sebagai "Tudung
Bawal acah-acah Mawar Fizo Omar" .
Ada yang marah ,
siap cakap bakal kena saman bagai , padahal tak pernah jejak butik Fareeda ,
pernah lalu jer :'( untuk kakak Mawar yang cantik , saya adore
sangat-sangat , saya minta maaf sebab gunakan nama kakak dan abang Fizo Omar
untuk gaya tudung ni . Saya ingat tak menjadi masalah , kalau google dekat
youtube , ramai yang letak
caption tutorial guna nama artis , contohnya gaya tudung Heliza Helmi , Diana Amir, ada jugak yang bila make up dia punya caption Eyes make up Taylor
Swift , Kim Kardiashan . Ok saya pun tak
tau nak bagi nama apa , sebab memang tak ada nama , dengan ini saya officially
tukar nama tudung kepada Tudung bawal Brooch Otromen / Tudung bawal YunaBella . Ihik . Ok dop ?
Berbalik kepada niat
dan tujuan tutorial dibuat , ia adalah atas permintaan kawan-kawan , tak ada niat nak menjatuhkan atau mengeruhkan keadaan . Saya sebelum ni pakai tudung yang menampakkan dada , jadi ini saya anggap langkah
pertama untuk saya labuhkan tudung bahagian dada , sekarang letak kerongsang
otromen , doa-doakan lah esok lusa saya terus labuhkan tudung pulak . Bukan
sahaja diri sendiri malah orang yang mungkin ada niat yang sama ;) Insyaallah .
Kepada yang memuji
terima kasih , terharu sangat *lap ayaq mata . Cuba lah , tak de halangan pun , kalau tak jadi boleh
mesej dekat FB / IG . Untuk kakak-kakak dan adik-adik , kawan-kawan , maaflah
terkena tempias ni , lepas ni ela hati-hati update blog yehh . Untuk yang menegur , terima kasih atas
teguran . Ihik . Maaflah kalau entry sebelum ni atau entry hari ni ada yang terkasar tersakit hati . Last
sekali untuk abang Nara , haish . Susah hati tau tak bila orang bagitau blog ni
masuk AmazingNara , apa pun terima kasih atas review ni . Manis sangat .
Berikut entry tutorial tudung bawal yunabella . Ihik =')
No comments:
Post a Comment