bb

Monday, May 26, 2014

Kelas Mengaji Al Quran untuk dewasa #AlBaghdadi


As salam
Dear diary,

Semua pun tengah countdown bulan ramadhan , aku pun tengah mencukupkan apa yang x cukup bulan puasa tahun lepas . Azam aku tahun ni aku nak ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun lepas , x kisah lah dari segi apa pun .

Percaya tak , aku dulu ni kelas aliran agama dari form 1 sampai form 3 ? Maksudnya aku ambil subjek bahasa arab masa tu , percaya tak ? Hahaha . Aku ingat nama ustazah kelas arab Ustazah Farizah , time kelas arab je mesti aku susah hati . Bila ustazah masuk then ustazah sebut "Qiammmmmm"(berdiri)  maknanya ada pop kuiz . " Ma makna . . . ? " ( kena teranslate lah Arab - Melayu) seriously aku antara 10 yang terakhir yang dapat jawab *Buat malu jer, pakwe pun boleh jawab dulu . Bhahahaha . Nasib baik hakak lulus Bahasa Arab.

Aku mengaku , aku boleh baca tapi bacaan Al-Quran aku tak berapa lancar . Al-Quran ni kitab Allah , salah baca boleh lari makna berdosa tau ,  ustaz kazim pun ada cakap , nak belajar Al-quran kena berguru , bukan melalui youtube or  al-quran digital sebab kita tak tahu macam mana cara sebutan dan macam mana nak baca ikut tajwid . Bila fikir balik gandaan pahala yg kita boleh collect bulan ramadhan nanti, aku ambil keputusan untuk perkemaskan cara bacaan dengan pergi kelas mengaji.


 Takkan nak tuggu kawen baru nak belajar dengan suami , tapi itu pun kalau bertuah dapat suami yang boleh bimbing bacaan kita. Ye dak ? Cold sweat smiley




Cawangan Kulim Facebook Blush Emoticon


Sebenarnya aku duk survey tempat untuk sambung degree , tapi terjumpa facebook Al-Baghdadi , kira proceed yang ni dulu nanti baru kejar dunia balik . Response dari pihak Al Baghdadi pun cepat , aku tengok jugak gambar dan video kelas mengaji . Memang kelas Al-Baghdadi dia ada mengajar orang dewasa dan kanak-kanak , dari zero ke hero slogannya . Even kita pandai baca or tak kenal huruf pun boleh datang belajar . Bagus kan ? Moga murah rezeki pengasas dan pengajar pusat ni .Emoticon crying tears of joy

Firstday masuk kelas , aku masuk kelas Asas Tamhid . Kelas tu memang dah start 3 kelas dah , so aku masuk kelas keempat , memang betul-betul basic . Kagum tengok student yang datang terdiri dari perempuan yang usia lebih kurang aku sampai lah pangkat mak cik-mak cik . Yang lelaki pun ada yang remaja 2 orang dan yang lain pak cik-pak cik . Dari awal kelas sampai habis kelas aku gelak jer , ustaz yang ajar pun sempoi , tak garang , banyak bagi semangat . Aku dah rasa macam dalam filem pendekar bujang lapok dah bila dengar pak cik-pak cik tu buat lawak bila ustaz suruh baca . Hahahaha Big Grin Emoticon. Jangan risau ,ustaz tak tanya hukum tajwid , tapi ustaz ajar macam mana nak baca bila kita jumpa hukum tajwid .Happy Facebook smiley blushing

Dah habis kelas asas tahmid nanti ustaz akan transfer kita ke kelas Al-Quran . Ustaz lain pulak take over .  Boleh je kalau dah pandai baca terus masuk kelas Al-Quran, macam aku, aku pilih start dari kelas asas. Setengah orang mungkin malu nak mengaku , tapi tak rugi kalau kita mula belajar kitab Allah , sedangkan yang boleh baca Al-Quran dengan lancar pun belum tentu dia sentuh Al-Quran .  Biar kita nampak bodoh pada pandangan mata orang tapi percayalah Allah  pandang kita dari sudut yang berbeza . Ecceewah . Hikhikhik .

Kursus mengaji ni selama 3 bulan , untuk Kulim , setiap pagi ahad 10 pagi -12 tengah hari dan malam rabu , tapi Insyaallah masuk Ramadhan nanti kelas maybe pagi sabtu & ahad. Yuran kursus RM300 , boleh bayar ansuran . Masa register tu ustaz akan bagi buku asas , macam buku Iqra' dan jugak kayu pengetuk . Aku still xpandai guna . Bhehee . Melalut-lalut aku ketuk macam drum . Oleh sebab ustaz ni owner Ayamas , kelas tu kat atas kedai Ayamas , aku siap dapat Ayamas free . Menetes air lio sepanjang nak balik rumah , sedap sangat bau Emoji emoticon screaming in fear. Ustaz sedekah sebab daftar masuk kelas .


Chicken symbolmas


sebelah kedai aksesori kereta, line KFC Taman Selaseh. Tempat parking berkupon tau, boleh beli kupon dekat kedai aksesori kereta tu sebelum dikompaun . Huhuhu.



buku asas ni kira macam buku Iqra' yang di satukan , x susah pun , anak buah aku darjah 3 pun boleh baca.

belong to . . . . . Happy Facebook smiley blushing



kayu pengetuk ni untuk pelajar biasakan bacaan panjang dan pendek , contoh yang ada dua harkat, dua kali ketuk.


sebab aku join kelas tu lambat , aku memang lemah bab ketuk , mak cik sebelah aku ketuk relax jer , aku pun x paham apa yg aku ketuk Tongue Out Emoticon . bhahahaha . nak kena practice selalu . Kalau aku terus join kelas Al-Quran rugi lah tak dapat belajar bab ketuk-ketuk ni , aku tengok Mari Mengaji kat tv macam best je ketuk-ketuk nih.


actually ustaz xde lah berpandukan pada buku semata , ustaz akan tulis potongan ayat Al-Quran, then minta pelajar baca. 


aku ambil gambar curi-curi, mesti mak cik sebelah aku ingat aku curi tangkap gambar ustaz . Tapi ustaz kelas asas dengan kelas Al-Quran dua-dua hensem okkeh . bheheee .Big smile with closed eyes

 Aku dah attend dua kelas, memang rasa semangat nak belajar, semangat nak baca Al-Quran. Paling best kita tak rasa malu bila silap sebab ustaz akan sedaya upaya pastikan kita boleh baca dan kenal huruf, lagi kita lemah lagi ustaz beri perhatian  kat kita. Kagum tau tengok semangat mak cik dan pakcik yang datang , ada yang datang suami isteri, manis sangat. Kata ustaz, ini tanggungjawab dia untuk ajar pelajar sampai boleh, sebab kita dah bayar, jadi dia nak at the end of session semua dapat baca Al-quran, insyaallah Emoticon crying tears of joy


Cawangan Al-Baghdadi ni merata, boleh try google untuk kawasan yang paling dekat dengan tempat anda.







 So aku harap dengan perkongsian kali ni , kepada sesiapa yang still tercari-cari kelas mengaji , atau nak perbetul bacaan, tumpang tulang lidah masih lagi lembut, jom sama-sama belajar . At least masuk ramadhan nanti dah lancar dan boleh baca sendiri , Insyaallah Emoticon crying tears of joy




p/s : harap sangat suami cek nanti boleh baca Al-Quran, boleh la ngajor anak-anak, tak gettew ? Beheeee . 



kalau penat nak komen , boleh cubit like :

Monday, May 05, 2014

Bayar PTPTN melalui Maybank2u 2014 (one off payment) #Update 2015

As salam
dear diary,

Hai , ini adalah kemaskini terbaru untuk tips bayaran balik PTPTN untuk September 2015. Post ni sebenarnya pada Mei 2014 . Saya memang tak jenguk blog , sampai lah hari ni waktu nak bayar PTPTN , teringat posting ni. Bila check ramai rupanya bertanya soalan , siap orang lain yang tolong jawabkan . Huhu . Maaflah , terima kasih kepada yang tolong jawabkan. .

Saya tak ingat sejak bila , tapi untuk pembayaran balik PTPTN , dah tak perlu masukkan nombor pinjaman sebenarnya . Maklumat yang dia minta cuma jumlah bayaran , nombor kad pengenalan , dan nombor telefon . Boleh refer balik gambar kat bawah yang saya highlight kan warna merah , cara masih sama cuma part nombor pinjaman yang kena request kat twitter or check surat PTPTN tu dah tak perlu  :


maybank2u.com.my


login macam biasa


bila dah login , terus click go untuk Bill Payment .


pilih Make a one off payment


macam bayar bill tu kan , tapi click view all payees by category 

select Education & Education Loans 

Continue


Dia akan list down macam-macam jenis pembayaran untuk education , mohon kecikkan mata dan fokus , cari PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Continue

*ada dua tau , satu lagi SSPN , tapi yang SSPN ni untuk menabung yer*



Update 2015
Masukkan 
  • Amount
  • IC No
  • No telefon



*caj RM1 dikenakan . 

Continue

dia akan request nombor TAC macam biasa .

then selesai :


status successful :)

Bila dah ramai yang bertanya , saya pun concern pasal baki pinjaman . Jadinya saya call maybank dan mereka confim yang cara ni masih valid . Untuk semak jumlah baki pinjaman , ini kena check balik dengan PTPTN selepas 2 , 3 hari pembayaran dilakukan .

Antara soalan yang ditanya :

Tak perlu masuk mombor pinjaman ?

Ya , menurut maybank tak perlu masukkan nombor pinjaman untuk keadah one off payment maybank2u , cuma kena masukkan nombor telefon .

Tak perlu TAC number dari maybank ?

Saya rasa tak perlu sekiranya anda membuat pembayaran dengan menggunakan link maybank yang disediakan oleh website PTPTN , interface bank juga berbeza . Tapi kalau direct masuk dengan Maybank2u , masih perlu request TAC number .  

Semak baki pinjaman ?

Nak mudah call terus pejabat PTPTN . Kalau lambat tu normal lah , mereka juga manusia . Boleh jugak untuk semak penyata secara online , cuma kena daftar terlebih dahulu di website PTPTN . Since saya pun tak register lagi , rasanya kalau kita buat pembayaran melalui maybank , kena tunggu 2 , 3 hari juga untuk semak .

Cara lain untuk bayar ?

Banyak sangat , tapi ini je cara yang saya praktiskan . Boleh je semak balik website PTPTN atau surat PTPTN . Nak cerita lebih lanjut pun website PTPTN pun agak crowded , lambat nak akses masuk  :(


Saya harap posting ni dapat membantu dan menjawab kekeliruan anda , selamat membayar PTPTN ! Thanks !








kalau penat nak komen , boleh cubit like :

i'm nuffnanger