as salam
dear diary,
Alhamdulillah , ahad
lepas selesai attend kelas mengaji kali ke 4 . Suka pulak untuk aku update
pasal kelas mengaji ni bila ada beberapa teman yang berminat dengan apa yang
aku kongsikan . Sekali lagi lah aku cerita berkaitan kelas Al-Baghdadi .
Bukanlah nak menunjuk dan vajet baik , benda baik elok dikongsikan bersama .
Khen ?
Pengalaman yang aku
boleh kongsi , dari segi tempat rasanya Al-Baghdadi ada cawangan di setiap
negeri . Kelas untuk dewasa , 3 bulan ,
untuk kanak-kanak/ dewasa selama 6 bulan .
Dari segi yuran , RM300 untuk 3 bulan tapi boleh bayar ansuran ,
berpatutan lah dengan hasil dan ilmu yang kita dapat . Andai kata dah cukup 3
bulan tapi still xboleh baca al-Quran dengan lancar , rasanya ustaz akan tambah
kelas intensif , ada yang sampai setahun dia belajar . Kelas terbahagi kepada
dua , kelas asas tamhid dan kelas Talaqi Al-Quran . Waktu kelas selalunya 2 jam
, seminggu 2 kali . Ahad pagi 10-12 dan rabu malam 8-10 . Aku tak berkesempatan
nak join kelas malam sebab aku x pandai drive malam , 40 minit jugak ar , bahaya lah aku sengsorang , mak pun x bagi keluar malam-malam . Hakak kan girl , no no no .
Oleh sebab aku
bermula dengan kelas asas , so aku boleh kongsi pasal kelas asas je lah . Untuk
cawangan Kulim , kalau sesiapa yang dah boleh baca , ustaz bagi pilihan untuk
direct masuk Kelas Al-Quran . Bagi kelas asas , setiap pelajar akan dapat satu
modul , nipis je buku dia . Isi kandungan buku lebih kepada buku Iqra' . Nampak
macam mudah je kan , tapi aku pun ada masalah dalam sebutan huruf dari segi
nipis , tebal , makraj . Dalam kelas asas kita boleh belajar sebutan huruf ,
kenal pasti baris dan ustaz banyak beri latihan dengan potongan ayat Al-Quran .
Selain itu , kita jugak dapat belajar teknik ketukkan , teknik ni
mempermudahkan kita untuk baca satu persatu huruf dengan jelas serta mengikut
panjang pendek harkat .
Even aku boleh baca
, aku tak menyesal untuk start dari bawah , mula tu aku confident jugak yang
aku antara yan paling hebat dalam kelas , tapi ada jugak huruf yang selama
ni aku sebut tak betul, berdosa tau .Tapikan sebenarnya
ustaz lebih fokus kepada pelajar yang kurang tahu berbanding dengan pelajar
yang dah boleh baca . Nasihat aku , buat-buat je kita tak pandai , lagi banyak
ilmu boleh dapat .
Paling mencabar , aku still lagi lemah bab ketuk , selalu kena ketuk
sorang-sorang tau . bila ustaz suruh aku baca sambil ketuk , aku dah geleng kepala
, pastu ustaz cakap kalau boleh ketuk dengan betul 4 kotak pertama , tak payah
ketuk dah yang lain . Bheheheee , sifat mengada tu ada jugak even dalam kelas
mengaji
Aku nak kongsi satu
pengalaman yang a bit touching antara aku dengan seorang mak cik dalam kelas tu
. Sejam pertama ustaz selalu bagi potongan ayat dalam kertas A4 .So semua dapat
ayat lain-lain , ustaz akan check bacaan sorang-sorang , aku kagum cara ustaz
ajar , dia suruh ulang sampai lancar . Pada masa yang sama mak cik sebelah aku minta aku tolong tengok
bacaan dia . Bila dah setle dia genggam lengan aku :
"seronok adik
boleh baca , mak cik x sabar nak bagi pandai baca , seronok sangat . Dulu x
sempat , duk sibuk bagi anak belajar , mujur Allah sayang , bagi peluang mak cik belajar baca Al-Quran
walaupun dah tua-tua macam ni"
Peuuwhh . Meresap
kata-kata mak cik tu , rasa bersyukur sangat Allah gerakkan hati aku untuk
hadirkan diri dalam majlis ilmu macam ni . Niat aku satu , aku nak bagi lancar
bacaan Al-Quran . Cuba ambil Al-Quran dan bukak mana-mana muka surat , try baca
2 3 potong ayat . Susah hati kan bila bacaan kita tak lancar , takkan nak baca
main redah je , tak boleh tau , berdosa . macam aku dah tak de ayah , ralat lah
kalau xboleh nak baca dan sedekahkan bacaan untuk arwah ayah kan .
ni lah latihan awal-awal masuk kelas .
percaya tak ni ustaz yang ngajar aku ? nampak muda je enn .
Jangan malu , orang yang datang kelas tu bukan semua dah kenal dan
boleh baca , silap-silap orang lain yang lagi malu sebab dia sendiri even boleh
baca tapi tak sentuh kitab Allah . Seronok tau , dalam kelas aku ada suami
isteri ni , bila si suami tak boleh baca isteri gelakkan suami dia , tapi bila
si isteri tak boleh baca , si suami gelak dalam masa yang sama dia tolong
betulkan . Alooo . Comel sangat . Dalam kelas tak de siapa pun akan merendahkan
kita , mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik tu lagi semangat dari geng hat 20 an
nih . Bila silap tak pernah merajuk , malu , tapi usaha dan ulang sampai lancar
. Serius seronok dan tak stress . Aku kutip semangat depa je lah dalam kelas .
Tu je lah untuk kali
ni , so pada sesiapa yang mungkin tergerak hati , nak belajar , untuk sekarang ustaz hold dulu , lepas raya
baru bukak balik intake . Tapi tak semestinya kat kelas ni je boleh belajar ,
boleh jer cari ustaz ustazah atau kawan yang lancar bacaan dia untuk guide kita
. Tak pun nanti bulan puasa dekat masjid , surau , tempat kerja mesti ada geng
tadarus . Boleh la join sama .
Siapa yang berminat , untuk cawangan Kulim boleh refer :
Mesej / whatsapps : 017 - 479 0638
Selamat Mengaji !
Bgus albagdadi.. ank sy tdika tu
ReplyDeletecanlı sex hattı
ReplyDeleteheets
salt likit
salt likit
puff bar
ROLKCL