bb

Monday, February 04, 2013

jom jadi pekerja sambilan PSH :)

as salam
dear diary,

hai all , sesambil makan limau mandarin yang aku cilok masa pergi lunch ngan Asa member tempat kerja lama aku tew , aku terasa nak update blog dari bajet bizi dengan google benda-benda yang tidak bermanfaat , umum tawu bahawa *ceh ayat mintak penampor untuk sedarkan diri* aku sekarang memang bekerja , tapi bukan tetap okeh aku ulang bukan kerja tetap walaupun aku kerja di dalam jabatan goverment aku bukan pekerja gomen . dapat ? *makan limau lagik*

tahu tak apa itu Pekerja Sambilan Harian (PSH) ? dia berlainan dengan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) . paham ? PSH ni dia kerja kontrak 3 bulan . so cukup 3 bulan boleh renew sampai lah 9 bulan untuk satu jabatan . lepas tu pepandai cari kerja jabatan lain yer . PKS pulak dia kontrak setahun-setahun , dia ada banyak lagi kelebihan dari PSH . PSH pulak terbahagi kepada 3 level . setiap level menghasilkan nilai berbeza . kalau level SPM sehari RM54 , level Diploma sehari RM72 , level ijazah sehari RM100 . siapa yang selalu hire PSH ? usually goverment , so cuba lah rajin-rajin submit resume dekat jabatan-jabatan dalam kementerian yang anda rasa anda nak . macam aku Jabatan Pembangunan Kemahiran under Kementerian Sumber Manusia , sebelum ni aku kerja dekat Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja pon under KSM . *makan limau dengan penuh semangat* PSH ni umpama kais pagi makan pagi , tak mau makan malam tak payah nak kais malam . makna kata dia ikut punch card * per day, datang kerja adalah gaji , tak datang sila tolak siap-siap pakai kalkulator dan dia tolak sekali EPF okeh . Tak ada ot dan cuti dan kenaikan gaji dan elaun dan bonus . Kadang ada luck bila kerajaan bagi bonus RM500 , KADANG-kadang PSH pon dapat jugak . So bagi sesiapa yang berminat boleh lah berbuat demikian , sebab aku rasa banyak je jabatan kerjaan kat Putrajaya ni yang pakai PSH , pilih jer nak jabatan mana , nak Putrajaya ke Cyberjaya . Tips aku kalau boleh letak lah alamat KL atau Selangor , senang sikit depa nak hire kan ? beragak jugak depa nak amek kalau letak alamat Perlis . even kat sini PSH yang aku kenal pun datang dari Pahang , Kelantan , Terengganu  . *yes ! berjaya habiskan sebijik limau , ada sebijik lagi*

Ada yang berminat setelah berbuih jari aku menaip ? cara dia , cari jer alamat jabatan-jabatan kerajaan , then submit lah resume , transkrip , diploma or degree , spm , surat iringan . contoh surat iringan kak aku ajar :

Alamat kita (alamat area KL/selangor/putrajaya)
                                                                                                                                                                                  8 Januari 2013
Alamat jabatan


PERMOHONAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN(PSH) PEMBANTU TADBIR N17 
NAMA                         : NURUL (NAMA FULL)
NO K/PENGENALAN         : 0000

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Adalah saya seperti nama di atas berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian(PSH) Pembantu Tadbir N17 di jabatan tuan.

3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Segala pertimbangan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

lepas tu tandatangan jangan lupa , lau nak apply untuk dua jawatan dalam satu jabatan , antar lah dua surat iringan berasingan , paham ? 

kerja tak teruk pun depends pada jawatan lah , macam aku , aku duduk blah IT , aku assist juruteknik komputer ngan penolong peg tek maklumat . kadang ada kerja , kadang tak ada kerja makan lah limau mandarin sampai bulat , aku duduk sini on call , setle masalah simple-simple , contoh cam sharing printer , printer stuck , network error , install software , pasang pc baru , backup data , tapi tak kan lah tiap-tiap hari pc problem kan ? kalau tak der keja sila lah mengadap PC sembilan jam tanpa henti . alih-alih cukup bulan dapat gaji . aku bukan nak ajar lah , oleh sebab PSH kan kerja ikut jam , kalau lewat 5 minit masa nak balik topup balek 5 minit , janji cukup 9 jam . no wonder aku 5 kali merah dalam bulan januari dan hari ni hari pertama dalam februari pon aku merah jugak =__=" . please dear , sila berdisiplin *cakap sambil tangan di dada .*

lagi satu berkenaan penempatan , selalunya PSH yang merantau dari negeri lain yang tak der kenalan kat sini depa akan sewa rumah di Flat Hijau yang serba hijau tew . so in case dapat interview or dapat kerja boleh lah menginap kat situ , jemput google yer . dan lagi satu belah presint 11 aku tak sure sangat . so bagi sesiapa yang rasa nak merantau atau nak kerja sambil tunggu result ke sambil tunggu kerja tetap ke , jemput lah , semoga perkongsian ini memudahkan urusan seharian anda . Amin :)



kalau penat nak komen , boleh cubit like :

i'm nuffnanger