Wednesday, April 22, 2015

Procedure & pengalaman pakai braces :D

As salam
Dear diary,

Ehhh . Hari tu cakap tak nak update blog kan ? Hehehe . Tujuan entry ni sekadar berkongsi sebab ada yang bertanya dekat insta . Antara perkara penting bila nak buat braces, survey klinik & harga . Kalau harga murah tapi klinik jauh susah jugak nak oi . Sebelum aku pakai braces memang aku baca semua blog pasal pengalaman depa , mostly menakutkan pembaca , sampai aku fikir 10 kali . Padahal bila aku pakai , tak de ngeri , sakit , macam depa cakap pun . ermmm .

Since aku duduk Kulim , ada satu je klinik gigi yang buat braces iaitu Klinik Pergigian Dr Juliana , klinik ni dia satu line dengan Oldtown white coffee Giant , sebelah dengan RHB bank , 7 eleven .

 

tadaaa . klik gambar .


Ok macam proses untuk aku pakai braces, 1st sekali aku pergi buat scaling , tanya Doc macam mana proces , then doc explain la satu-satu . Ada beberapa jenis braces , 


Conventional :
  •  Tradisional
  •  Perlu modules warna utk pegang wire
  •  Perlu cabut gigi untuk beri ruang gigi bergerak
  •  At least 2tahun ++ treatment 
  •  kena extra work utk berus bg bersih
  •  claimed to be sakit sikit about 2 weeks to adapat
  •  conventional RM3500
  • Deposit pemasangan :  RM800
  • Monthly activation : RM150


Self-ligating
  • Advance component
  •  Ada slot sendiri utk pegang wire
  •  Tak cabut gigi pun tak apa
  •  kalu patient xmau warna pon Xpa.. nak warna warni pon Xpa...
  •  Treatment period claimed to be shortened. (depends)
  •  senang sikit nak jaga..tp kena beruih jugak bg tip top
  •  claimed to be kurang sakit.. even patient ckp.. " xsaket pon dr...." 
  • Self ligating RM5000
  • Deposit pemasangAn : RM1000
  • Monthly activation : RM200
Macam yang aku perasan ada jugak yang komen tanya kalau nak buat atas sahaja / bawah sahaja , Doc reply :

Braces atas / bawah sahaja (refer to Doc for more details)
  • RM2500
  • Deposit RM600
  • Monthly RM100
Proses pemakaian braces :
  1. Checkup & mintak nasihat Dr, boleh pilih jenis braces yang sesuai dengan budget.
  2. Kena x-ray gigi , caj x-ray asing.
  3. Kena cabut gigi (conventional), caj cabut gigi asing.
  4. Masa nak pasang braces tu lah , baru Doc akan buat acuan gigi , dalam 10 minit je .
  5. Proses pemasangan dalam 2 jam gitu.
  6. Kemudian doc akan bagi la taklimat nak jaga dan berus gigi.
Persoalan lazim :
  • Hukum pakai braces terbahagi kepada harus / haram. Harus kiranya keadaan gigi kita tu mengaibkan kan kita , memberi kesakitan pada diri . Haram untuk mencantikkan kalau gigi dah sedia elok. Boleh google / tanya ustaz untuk hujah yang lebih details.
  • Harga braces , boleh pilih ikut budget yang kita ada lah . Kalau nak cepat , pilih yang mahal sikit.
  • Cabut gigi , kalau yang conventional kena cabut , kalau self ligating tak perlu pun . 
  • Kesakitan , dalam masa 2 minggu jugak aku rasa sengal-sengal dekat gigi . Tak de lah tido berendam air mata duka . 
  • Makanan , awal-awal tu gigi depan macam hilang fungsi , sebab rasa sengal kan , bila nak gigit terus sakit . so nak makan burger pun cubit sikit-sikit. Lepas sebulan ok dah , macam aku dah dua besi bracket tu tercabut. huhu . Better jaga la permakanan , avoid solid food for begining , yelah bayar mahal-mahal pastu tak nak jaga makan sampai tercabut bagai . Rugi oww .
  • Pergerakkan gigi , bergantung pada jenis braces yang kita pakai & movement gigi kita sendiri . Aku perasan gigi aku start align lepas sebulan macam tu . Sekarang dah 2 bulan pun dah cantik dah bersusun .
  • Ulser , Doc bagi wax untuk letak dekat besi supaya dalaman mulut ni tak luka bila kena bracket . Sejak pakai braces tak sampai 3kali pun kena ulser.
  • Kebersihan , part tak best bila ada braces makanan suka nau terselit sana-sini . Memang kita berasa sedar diri untuk gosok gigi bila sudah makan. 
  • Checkup , setiap sebulan kena check up sebab Doc nak tengok pergerakkan gigi & betulkan apa yang patut , tukar getah warna dekat bracket.  
  • Sebab aku pakai self ligating , so xde pengalaman pasal separator / cabut gigi. Puas hati sangat sebab tak sakit even lepas checkup .
Contoh / review dari page FB Klinik Pergigian Dr Juliana . Bawah ni tak de satu pun gambar gigi aku , saje lah nak cakap awal-awal . hehe .


Self ligating after 7 month


self ligating


conventional braces after 5 month


conventional braces





Kalau sesiapa berminat nak buat braces atau any other treatemant  berkaitan gigi , aku suggest pergi klinik Dr Juliana , nak mudah set appointment . Sebab even hari biasa penuh apa lagi hari cuti . Klinik bukak cuma bercuti pada ahad & sabtu minggu kedua sahaja . 

No 10 , Tingkat 1,
Jln KLC 1,
Kulim Landmark Central
09000, Kulim
013 6202664


Kalau orang tanya aku , aku selalu cakap tak yah pakai kalau gigi dah cantik , yelah sebab mahal sama kan . Tapi kalau tekad nak pakai , meh duduk sebelah , akak cita A-Z . Hehehe . 

Sekian .