bb

Friday, June 13, 2014

Kelas Mengaji Al-Baghdadi Part 2 .

as salam
dear diary,

Alhamdulillah , ahad lepas selesai attend kelas mengaji kali ke 4 . Suka pulak untuk aku update pasal kelas mengaji ni bila ada beberapa teman yang berminat dengan apa yang aku kongsikan . Sekali lagi lah aku cerita berkaitan kelas Al-Baghdadi . Bukanlah nak menunjuk dan vajet baik , benda baik elok dikongsikan bersama . Khen ?


Pengalaman yang aku boleh kongsi , dari segi tempat rasanya Al-Baghdadi ada cawangan di setiap negeri . Kelas untuk dewasa , 3 bulan , untuk kanak-kanak/ dewasa selama 6 bulan .  Dari segi yuran , RM300 untuk 3 bulan tapi boleh bayar ansuran , berpatutan lah dengan hasil dan ilmu yang kita dapat . Andai kata dah cukup 3 bulan tapi still xboleh baca al-Quran dengan lancar , rasanya ustaz akan tambah kelas intensif , ada yang sampai setahun dia belajar . Kelas terbahagi kepada dua , kelas asas tamhid dan kelas Talaqi Al-Quran . Waktu kelas selalunya 2 jam , seminggu 2 kali . Ahad pagi 10-12 dan rabu malam 8-10 . Aku tak berkesempatan nak join kelas malam sebab aku x pandai drive malam , 40 minit jugak ar , bahaya lah aku sengsorang , mak pun x bagi keluar malam-malam . Hakak kan girl , no no no . Blonde girl symbol 

Oleh sebab aku bermula dengan kelas asas , so aku boleh kongsi pasal kelas asas je lah . Untuk cawangan Kulim , kalau sesiapa yang dah boleh baca , ustaz bagi pilihan untuk direct masuk Kelas Al-Quran . Bagi kelas asas , setiap pelajar akan dapat satu modul , nipis je buku dia . Isi kandungan buku lebih kepada buku Iqra' . Nampak macam mudah je kan , tapi aku pun ada masalah dalam sebutan huruf dari segi nipis , tebal , makraj . Dalam kelas asas kita boleh belajar sebutan huruf , kenal pasti baris dan ustaz banyak beri latihan dengan potongan ayat Al-Quran . Selain itu , kita jugak dapat belajar teknik ketukkan , teknik ni mempermudahkan kita untuk baca satu persatu huruf dengan jelas serta mengikut panjang pendek harkat .

Even aku boleh baca , aku tak menyesal untuk start dari bawah , mula tu aku confident jugak yang aku antara yan paling hebat dalam kelas , tapi ada jugak huruf yang selama ni aku sebut tak betul, berdosa tau  .Tapikan  sebenarnya ustaz lebih fokus kepada pelajar yang kurang tahu berbanding dengan pelajar yang dah boleh baca . Nasihat aku , buat-buat je kita tak pandai , lagi banyak ilmu boleh dapat .Big Grin Emoticon

Paling mencabar , aku still lagi lemah bab ketuk Sad face Emoji symbol , selalu kena ketuk sorang-sorang tau . bila ustaz suruh aku baca sambil ketuk , aku dah geleng kepala , pastu ustaz cakap kalau boleh ketuk dengan betul 4 kotak pertama , tak payah ketuk dah yang lain . Bheheheee , sifat mengada tu ada jugak even dalam kelas mengaji Big Grin EmoticonBig Grin Emoticon


Aku nak kongsi satu pengalaman yang a bit touching antara aku dengan seorang mak cik dalam kelas tu . Sejam pertama ustaz selalu bagi potongan ayat dalam kertas A4 .So semua dapat ayat lain-lain , ustaz akan check bacaan sorang-sorang , aku kagum cara ustaz ajar , dia suruh ulang sampai lancar . Pada masa yang sama mak cik sebelah aku minta aku tolong tengok bacaan dia . Bila dah setle dia genggam lengan aku :

"seronok adik boleh baca , mak cik x sabar nak bagi pandai baca , seronok sangat . Dulu x sempat , duk sibuk bagi anak belajar , mujur Allah sayang  , bagi peluang mak cik belajar baca Al-Quran walaupun dah tua-tua macam ni"

Peuuwhh . Meresap kata-kata mak cik tu , rasa bersyukur sangat Allah gerakkan hati aku untuk hadirkan diri dalam majlis ilmu macam ni . Niat aku satu , aku nak bagi lancar bacaan Al-Quran . Cuba ambil Al-Quran dan bukak mana-mana muka surat , try baca 2 3 potong ayat . Susah hati kan bila bacaan kita tak lancar , takkan nak baca main redah je , tak boleh tau , berdosa . macam aku dah tak de ayah , ralat lah kalau xboleh nak baca dan sedekahkan bacaan untuk arwah ayah kan .


ni lah latihan awal-awal masuk kelas . 


percaya tak ni ustaz yang ngajar aku ? nampak muda je enn . 

Jangan malu , orang yang datang kelas tu bukan semua dah kenal dan boleh baca , silap-silap orang lain yang lagi malu sebab dia sendiri even boleh baca tapi tak sentuh kitab Allah . Seronok tau , dalam kelas aku ada suami isteri ni , bila si suami tak boleh baca isteri gelakkan suami dia , tapi bila si isteri tak boleh baca , si suami gelak dalam masa yang sama dia tolong betulkan . Alooo . Comel sangat Kissing emoticon. Dalam kelas tak de siapa pun akan merendahkan kita , mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik tu lagi semangat dari geng hat 20 an nih . Bila silap tak pernah merajuk , malu , tapi usaha dan ulang sampai lancar . Serius seronok dan tak stress . Aku kutip semangat depa je lah dalam kelas .


Tu je lah untuk kali ni , so pada sesiapa yang mungkin tergerak hati , nak belajar  , untuk sekarang ustaz hold dulu , lepas raya baru bukak balik intake . Tapi tak semestinya kat kelas ni je boleh belajar , boleh jer cari ustaz ustazah atau kawan yang lancar bacaan dia untuk guide kita . Tak pun nanti bulan puasa dekat masjid , surau , tempat kerja mesti ada geng tadarus . Boleh la join sama . 

Siapa yang berminat , untuk cawangan Kulim boleh refer :


Mesej / whatsapps : 017 - 479 0638


Selamat Mengaji !



kalau penat nak komen , boleh cubit like :

3 comments:

i'm nuffnanger